Monday 17 February 2014

Scammed Company: Beware!

Assalamualaikum wbt

Aku saja buat blog sebab nak share dengan korang pasal pengalaman berkenaan scammed company. Benda ni dah banyak terjadi dah dekat orang awam cuma pada awalnya ramai yang tak sedar. Aku pun biasa dengar benda ni dari member-member aku cuma biasanya aku tak amek port sampai la benda ni terjadi dekat kakak aku sendiri.

Yang kakak aku kena ni pasal forex investment la. Kakak aku apply job dekat Jobstreet then ada satu hari tu sorang perenpuan ni call minta datang interview dekat Plaza Sentral KL. Position yg ditawarkan pulak admin exec. Hah memang sesuai la dengan kakak aku yg study business admin masa degree dulu. Yang dia ni pun pergi la gigih drive dari JB ni KL sana semata-mata nak pergi interview. Before pergi interview tu ada la search pasal company ni tapi tak jumpa info. Bila email minta company details, pun tak dibagi. Perghh dah pelik dah kat situ.

So tak lama lepas interview tu dlm masa seminggu kakak aku dpt panggilan kononnya dia dpt job tu. Punya la suka, sebab ni first time dia pergi interview and terus dpt kerja. Korang tahu tak perasaan bila korang dah banyak kali pergi interview kerja sana sini and end up korang tak dpt pun job tu and tetiba interview yang ni korang lulus pulak. faham tak? Mesti la excited gila kan. So kakak aku pun pergi la. Dia duduk rumah cousin kitorang dekat Setiawangsa, kira senang la nak pergi kerja naik LRT je.

 1st day masuk kerja dia kata ada training 3 hari tanpa elaun. Bila dah 3 hari training kononnya kena tambah lagi sampai 8 hari. And offer letter hanya akan diberi bila kau dah tamat training. And yg paling tak bestnya masa training tu takde elaun pun. Mak aku power la jugak pasal hal-hal admin ni, cakap tak patut la buat macma tu sebab company wajar bagi elaun or sediakan makan ke apa. Tapi kakak aku ni redha je nak kerja jugak. Sampai la dia terbaca satu blog ni pasal foreign exchange scammed and nama company dia ada disebut-sebut dalam comment dekat blog tu. Lepas tu kakak aku terus berhenti lepas dah 5 hari training. Pagi tu manager dia call kenapa tak dtg office, kakak aku ckp je dia nak berhenti and manager dia relax je.

Based on kakak aku punya story, dia cakap kerja yg dia buat tu takde kena mengena langsung dgn ilmu admin yg dia belajar. 1st day masuk kerja dah kena analyse graph. Kononnya syarikat ini buat forex consultancy la, so kakak aku kena tahu pasal graph ni semua so that nanti senang nak consult client. Trainee pulak semua disogok dgn peluang kenaikan gaji yg tinggi la, office trip ke oversea la, bonus tinggi la. Sapa tak kagum oii! So kerja je la even rasa pelik kan.

Pastu based on manager dia, kakak aku tak payah cari client pun. Just stay dalam company and client tu nanti terdiri drpd family member pekerja dlm company tu jugak. Ye la mana taknya, setiap hari call, message tanya ada tak bgtau pasal forex dekat family member semua. Diorang berminat tak nak join. Siap tanya parents kerja apa. Pernah buat gov loan dgn bank tak. Cousin aku kerja apa. Stay dekat mana. Kejadah woiii!!! And yg paling tak menahan sekali bila masa kerja trainee masing-masing diguide oleh manager. So takde kesempatan nak tukar no phone, FB, Twitter semua. Nak ke toilet pun kena iring. Kau hado? Bila nak balik pulak, asing-asing. Sorang-sorang kena panggil masuk dlm bilik manager lagi satu, then bila dah habis terus je balik. So takde kesempatan la nak tegur menegur dgn kawan-kawan yg lain ni. Plus, bila makan pun manager ni duduk sekali. Lepas tu dok story pasal family dia yg berjaya dlm forex ni konon and minta kakak aku join or cari client cepat. Kiranya kalau takde client takkan dibayar gaji. Kejam tak?

Company yg kakak aku kena ni Binary Indulgence / B Indulgence dekat Suite 2A, Tingkat 7, Plaza Sentral. Byk je company lain yg buat kes macam ni contohnya Real Ingenious, Dynamic Wise, Titan Benchmark. And yg tak bestnya, mangsa penipuan ni kebanyakkannya MELAYU. Tapi aku rasa la Melayu je kot yg kena. Tak pernah pulak aku baca ada kaum lain yg tertipu dgn kes-kes macam ni.

So aku harap korang yg dekat luar sana tu jgn la excited sgt bila dpt kerja tu. Buat research sikit pasal company tu. So that tak jadi macam kakak aku ni. Sekarang dah menganggur balik. Aku harap dia cepat-cepat la dapat kerja.